KLINIK HAYATBUKA 24 JAM Tempah temujanji
Klinik Hayat / Sakit lutut
Sakit lutut & sendi

Lutut sakit bila berjalan?

Doktor periksa tahap lutut anda, kemudian rawat ikut punca: sedut cecair, HA gel, hydrogel atau PRP.

  • Ultrasound & X-ray
  • HA Gel · Hydrogel · PRP
  • Sedut cecair lutut
Doktor Klinik Hayat menunjukkan model lutut dan tahap osteoarthritis
Ultrasound di klinikLihat cecair dan keadaan sendi terus
Ultrasounddi bilik rawatan
HA Gelpelincir sendi
Hydrogelsatu suntikan
PRPdarah anda sendiri
Semak simptom

Kenal tanda lutut bermasalah

Osteoarthritis (OA)

Empat tahap lutut haus

Rawan yang licin melapisi tulang lutut. Bila rawan haus, tulang bergeser dan sakit.

  • SihatRawan tebal, lutut bergerak lancar.
  • OA ringan–sederhanaRawan nipis. Sakit bila berjalan jauh.
  • OA terukRawan hampir habis. Sakit walaupun berehat.
Sihat OA ringan OA sederhana OA teruk biru = rawan (cartilage) · merah = tulang tumbuh (osteofit)

Gambaran ringkas. Tahap sebenar disahkan dengan imbasan.

Suntikan lutut

HA Gel, Hydrogel atau PRP?

Tiga pilihan suntikan terus ke dalam sendi lutut. Doktor pilih ikut tahap OA dan keperluan anda.

HA GelAsid hialuronik
Cara ia bekerja
Melincirkan sendi, sama seperti cecair sendi semula jadi.
Bilangan suntikan
Biasanya 1 hingga 3
Sesuai untuk
OA ringan hingga sederhana
HydrogelGel kusyen sendi
Cara ia bekerja
Gel kekal dalam lapisan sendi dan bertindak sebagai kusyen.
Bilangan suntikan
Satu suntikan
Sesuai untuk
OA sederhana, mahu kesan jangka panjang
PRPPlasma kaya platelet
Cara ia bekerja
Darah anda sendiri diproses untuk ambil platelet, kemudian disuntik ke lutut.
Bilangan suntikan
Biasanya 2 hingga 3 sesi
Sesuai untuk
OA awal hingga sederhana, cedera tisu
Di Klinik Hayat

Rawatan lutut di Klinik Hayat

Periksa

Ultrasound & X-ray

Lihat cecair, tisu dan keadaan tulang.

Sedut

Keluarkan cecair

Kurangkan bengkak dan tekanan dalam lutut.

Suntik

HA Gel · Hydrogel · PRP

Dipilih ikut tahap OA anda.

Jaga

Ubat & latihan

Kuatkan otot paha. Rujukan pakar jika perlu.

Di klinik kami

Rawatan lutut di klinik kami

Terangkan tahap OA kepada pesakit
Terangkan tahap OA kepada pesakit
Bilik rawatan & prosedur
Bilik rawatan & prosedur
Mesin ultrasound
Mesin ultrasound
Dari bilik doktor

Tiga bulan lutut bengkak

Doktor bersama pesakit lutut di bilik rawatan Klinik Hayat
Lutut kanan sakit 3 bulan selepas terhentak. Ultrasound tunjuk cecair. Cecair disedut keluar dan gel dimasukkan ke dalam sendi.
Kes dari Klinik Hayat
Ultrasound: ada cecairSedut cecair + gel
Dikongsi tanpa nama pesakit. Hasil berbeza mengikut individu.
Ulasan Google

Apa kata pesakit kami

Doktor mesra313Penerangan jelas277Staf sopan71Klinik selesa62Klinik bersih40
★★★★★

Saya bawa ayah untuk check lutut… Ada byk klinik (yg saya survey) yg buat rawatan lutut tp tidak menyediakan servis xray. Tapi, Klinik hayat cukup lengkap servis dia jd ayah boleh buat xray lutut.

NNurin S.Ulasan Google · Subang Perdana
★★★★★

Keterangan yang jelas oleh docter dan rawatan yang saya lakukan untuk masuk jel lutut selesai rawatan rasa kurang sakit bila berjalan. Terima kasih klinik hayat.

PPesakit lututUlasan Google · Subang Perdana
★★★★★

First time dtg klinik dsni utk check lutut. Service pun trbaik dgn utilities xray untuk check lutut. Dr pun bg consultation bgus untuk rwt mslh lutut.

CCik FarrahhUlasan Google · Subang Perdana

Petikan ulasan Google sebenar, dipendekkan. Pecahan bintang dan topik daripada cawangan Subang Perdana. Pengalaman setiap pesakit berbeza.

Temujanji

Tempah temujanji

Isi borang ini dan tekan butang hijau. WhatsApp akan terbuka dengan mesej yang dah siap ditulis. Anda cuma perlu tekan hantar.

  1. 1Pilih cawangan, rawatan dan masa yang sesuai.
  2. 2Tekan "Hantar melalui WhatsApp". Mesej tersedia dalam WhatsApp anda.
  3. 3Tekan hantar. Staf kami akan sahkan slot anda.

Kecemasan atau rawatan am? Tak perlu tempah, terus walk-in. Kami buka 24 jam.

Cawangan
Mesej yang akan dihantar
Hantar melalui WhatsApp
Soalan lazim

Soalan yang selalu ditanya

Sakit ke suntikan lutut?

Kulit dibius dahulu. Kebanyakan pesakit rasa tekanan sahaja.

Mana lebih baik: HA gel, hydrogel atau PRP?

Bergantung kepada tahap OA, umur dan bajet. Doktor cadangkan selepas pemeriksaan.

Bila perlu jumpa pakar?

Jika OA teruk atau tak lega, doktor beri surat rujukan ke pakar ortopedik.

Jangan biar lutut makin haus

WhatsApp untuk pemeriksaan lutut. Bawa laporan X-ray atau MRI lama jika ada.

Maklumat pendidikan umum, bukan pengganti nasihat doktor. Kesesuaian suntikan ditentukan selepas pemeriksaan. Hasil berbeza mengikut individu.